Program Johor For Jesus DIbatalkan

ORANG LUAR JANGAN KACAU NEGERI JOHOR

Maklumat yang telah dikenalpasti berkenaan video 'Johor For Christian' yang sedang menjadi 'viral' di laman sosial FB, didalangi oleh sekumpulan berbangsa Cina berasal dari Negeri Sembilan.

Jangan pecah belah antara kaum dan Bangsa Johor. Anasir-anasir luar takut bangsa Johor bersatu. Rakyat Johor jangan terlalu mudah terpengaruh kerana ini adalah strategi pihak tertentu untuk pecah belahkan bangsa Johor.

Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum berhak mengamalkan agama masing masing. Walaubagaimanapun, orang luar tidak patut menganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu isu agama yang sememangnya sensitif.

Kebawah Duli Tuanku telah bertitah agar orang luar janganlah mengganggu keharmonian dan kesejahteraan Negeri Johor dan Bangsa Johor hendaklah sentiasa bersatu.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor





Akhirnya program yang mempunyai agenda tersembunyi ini berjaya dibatalkan . Alhamdulilah .

0 Response to "Program Johor For Jesus DIbatalkan"

Post a Comment